Semestinya anda mempunyai cita-cita untuk memiliki rumah di atas nama sendiri, bukan?

Tapi dengan keadaan ekonomi sekarang, ramai yang meletakkan cita-cita ini di tangga terakhir sekali untuk didapatkan. 

Ramai yang merasakan ianya mustahil untuk mereka membeli rumah buat masa kini terutamanya dengan bajet yang kecil.

Kami faham akan kebimbangan anda.

Tetapi kami ingin memberitahu anda berita baik!

Anda boleh membeli rumah dengan gaji yang kecil tetapi ianya bukan mudah tetapi bukan mustahil! 

Artikel ini akan berkongsi tips bagaimana cara beli rumah pertama walaupun dengan gaji yang rendah!

Gaji Minimum Untuk Beli Rumah

Jangan terkejut tetapi sebenarnya tidak ada gaji minimum yang ditetapkan untuk anda membeli rumah.

Ia bergantung kepada harga rumah yang anda ingin beli dan pengiraan pihak bank. 

Pihak bank akan menggunakan Debt Service Ratio (DSR) iaitu nisbah pembiayaan hutang dengan pendapatan kasar isi rumah.

Apa yang mereka akan lakukan adalah mengambil kira setiap komitmen hutang atau kewangan yang ada pada si pemohon.

DSR ini juga merupakan salah satu kriteria yang akan menentukan sama ada anda layak untuk memohon pinjaman perumahan dengan bank atau tidak.

Secara umumnya, DSR anda tidak boleh melebihi 70% jika anda ingin membeli rumah di Malaysia.

Tetapi kadar peratusan DSR bagi setiap bank adalah berbeza.

Ada juga bank yang menawarkan DSR yang lebih rendah bagi syarat kelayakan mereka. 

Secara ringkasnya, pengiraan DSR adalah seperti berikut:

DSR = Hutang/Pendapatan Bersih x 100

Panduan Beli Rumah Pertama

beli rumah pertama

Untuk membeli rumah pertama, perkara yang paling utama yang anda perlu tentukan adalah kemampuan kewangan anda. 

Anda perlu pastikan pinjaman rumah anda tidak patut melebihi satu pertiga (1/3) daripada gaji kasar. 

Lepas anda dah pastikan anda mampu kekal komited pada aspek kewangan membeli rumah, anda dah boleh mula survey rumah.

Anda kena pastikan rumah yang anda survey adalah bersesuaian dengan anda dari segi utiliti, jarak dari tempat kerja dan sebagainya.

Anda dinasihatkan untuk mendapatkan ejen hartanah dan peguam hartanah kerana mereka akan membantu anda untuk melakukan pilihan yang bijak.

Setelah anda pasti rumah mana yang anda ingin beli, anda perlu membayar yuran tempahan yang akan menjadi sebahagian duit pendahuluan rumah yang anda ingin beli itu. 

Pastikan anda baca, teliti dan fahami dokumen jual beli rumah sebelum meneruskan urusan jual beli. 

Untuk memohon pinjaman bank, anda perlu menunjukkan resit tempahan rumah anda tadi dan beberapa dokumen yang bank perlukan.

Semak dengan bank yang anda sasaran anda untuk senarai dokumen yang diperlukan kerana setiap bank adalah berbeza.

Dokumen pinjaman rumah dari pihak bank juga merupakan salah satu dokumen penting yang anda perlu baca, teliti dan fahami.

Tiga perkara paling penting dalam dokumen pinjaman rumah adalah jumlah pinjaman, kadar faedah dan tempoh pinjaman.

Selepas permohonan pinjaman anda siap, barulah anda boleh tandatangan Perjanjian Jual Beli atau Sales and Purchase Agreement (SPA) dan bayar duit muka yang selebihnya.

Bila dah tandatangan SPA, lawat proses binaan rumah sekali-sekala untuk mengikuti perkembangan pembinaan rumah anda.

Seterusnya, pastikan anda mendapatkan dokumen-dokumen yang mengesahkan anda sebagai pemilik rumah seperti notis pemilikan kosong, sijil penyiapan dan pematuhan dan memorandum pemindahan. 

Dan dengan begitu saja, anda sudah bergelar seorang pemilik rumah! 

Dapatkan Rumah Mampu Milik dengan Benahous!

beli rumah pertama

Ya, prosesnya tidaklah serumit yang ramai sangkakan.

Tetapi kami faham, anda sibuk dan tiada masa untuk serabutkan kepala.

Jangan risau, Benahous kan ada!

Benahous merupakan pakar dalam membantu rakyat Malaysia mendapatkan rumah mampu milik.

Benahous telah membantu lebih 60,000 orang membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan beribu-ribu lagi yang berusaha untuk dapatkan rumah pertama mereka!

Anda tidak perlu risau tentang apa pun kerana Benahous akan bantu anda bermula dari proses menyemak kelayakan hingga ke proses pembelian rumah. 

Yang lagi menarik, anda akan jimat dengan banyaknya!

Bukan sahaja anda tidak perlu membayar booking fee untuk menyemak kelayakan, Benahous juga menawarkan harga rumah yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Nak tahu lebih lagi?

Hubungi Benahous sekarang!

About The Author

sidebar-cta-repairs
sidebar-cta-careplan
sidebar-cta-installations

Comments