Anda ada impian membeli rumah pertama anda? Tak tahu cara nak beli rumah pertama anda?

Kalau anda tidak pernah membeli rumah sebelum ini, pasti pelbagai jenis pertanyaan yang timbul.

Jangan risau, artikel ini akan berkongsikan cara-cara membeli rumah pertama anda. 

5 Tips Beli Rumah Pertama

Tips yang dikongsikan dalam artikel ini adalah bagi memastikan anda boleh membeli rumah pertama dengan mudah. 

1. Menilai kemampuan kewangan

Sebelum memburu rumah pertama, anda perlu pastikan bayaran ansuran pinjaman rumah tidak melebihi satu pertiga daripada pendapatan isi rumah.

Contohnya, jumlah pendapatan keluarga adalah RM6,000, anda tidak sepatutnya membayar lebih daripada RM2,000 untuk bayaran pinjaman perumahan.

Tips ini penting sebab banyak lagi kos membeli rumah yang perlu diambil kira seperti wang pendahuluan, kos guaman, duti setem dan lain-lain.

2. Pastikan laporan kredit anda bersih

Laporan kredit adalah refleksi anda sebagai seorang penghutang.

Jika laporan kredit anda tidak bagus seperti banyak tungakkan dan rekod pembayaran tidak sempurna, kebarangkalian anda dapat meminjam wang adalah tipis.

Laporan kredit ini melibatkan pembayaran CCRIS, CTOS, PTPTN dan pinjaman lain-lainnya. 

Jadi, anda perlu pastikan laporan kredit anda mantap sebelum membeli rumah pertama anda.

3. Memilih rumah pertama anda

Antara faktor yang perlu diambil kira adalah lokasi dan jenis rumah. 

Pilihlah rumah yang dekat dengan tempat kerja, sekolah, klinik dan kemudahan lain yang anda perlukan.

Anda juga boleh memilih dari jenis rumah seperti banglo, semi-D, teres, kondominium, apartmen, rumah pangsa, flat atau SOHO.

Tetapi perlu diingatkan untuk mencari rumah mengikut kemampuan anda.

4. Cari ejen hartanah

Bila dah jumpa apa yang anda inginkan, anda dinasihatkan cari ejen hartanah yang berdaftar dan mempunyai rekod yang baik. 

Ejen hartanah boleh memberi nasihat dalam pelbagai perkara seperti pasaran semasa, latar belakang dan rekod pemaju. 

5. Cari peguam hartanah 

cara beli rumah pertama

Melantik peguam hartanah tidak wajib tetapi ia sangat membantu sebab urusan jual beli rumah melibatkan wang yang banyak.

Peguam hartanah penting terutamanya dalam membantu anda fahami proses pembelian hartanah, menjadi pihak neutral dan menyemak dokumen yang terlibat. 

Kadang-kala, pihak pemaju menawarkan khidmat peguam mereka tetapi mereka mewakili pihak pemaju, jadi keutamaannya adalah kepada pemaju dulu.

Cara Beli Rumah Pertama

Lepas anda dah baca tips-tips yang berguna yang dikongsikan tadi, mari kita tengok pula cara-cara membeli rumah pertama anda. 

1. Sediakan maklumat kewangan peribadi

Maklumat kewangan peribadi ini penting untuk anda membuat pinjaman perumahan kelak. 

Anda perlu menyediakan senarai pendapatan, potongan, komitmen, pelaburan, simpanan dan cukai.

Semua senarai ini perlu ada dokumen sah sebagai bukti contohnya slip gaji bagi pendapatan anda. 

2. Semakan kelayakan 

cara beli rumah pertama

Sebelum menyemak kelayakan di bank, pastikan anda membawa dokumen maklumat kewangan yang anda telah sediakan tadi, dokumen CCRIS dan CTOS jika ada.

Semak di beberapa buah bank yang berbeza kerana polisi dan syarat setiap bank adalah berbeza. 

Kelayakan pembiayaan anda akan dikira mengikut Debt Service Ratio (DSR). 

Jika pegawai bank memberi jawapan positif,  anda boleh mulakan misi mencari rumah pertama anda.

Jika negatif, anda perlu perbaiki maklumat kewangan peribadi anda dan pendokumentasian maklumat tersebut, perbaiki CCRIS atau hapuskan CTOS. 

3. Mencari rumah pertama anda

a. Cara membeli 

cara beli rumah pertama

Tiga cara membeli rumah pertama anda adalah beli dengan pemaju (underconstruction), pasaran sekunder (subsale) dan lelong. 

Kalau anda inginkan rumah baharu, belilah dari pemaju. Tetapi biasanya ada tempoh menunggu, harga mahal dan ada risiko terbengkalai.

Rumah subsale pula adalah rumah terpakai dan berisiko rendah kerana rumah sedia ada. 

Rumah lelong pula berisiko tinggi walaupun kebanyakannya murah kerana tidak boleh lihat dalaman rumah sebelum membeli.

b. Leasehold / Freehold

Harga rumah leasehold rendah sikit daripada unit freehold. 

Bank biasanya akan beri pinjaman jika tempoh pajakan (lease) sekurang-kurangnya 30 tahun lepas tamat tempoh pinjaman.

Freehold bermakna hak milik kekal dan harganya tinggi sikit daripada unit leasehold. 

c. Bumi lot / Non-bumi lot

Bumi lot adalah untuk pembeli bumiputera sahaja dan harga lebih murah berbanding non-bumi lot.

Non-bumi lot pula terbuka kepada semua bangsa dan berharga tinggi sedikit berbanding bumi lot. 

d. Senarai hartanah untuk dibeli atau dibida

Senarai hartanah yang ingin dibeli atau dibida boleh didapati melalui ejen hartanah berdaftar. Bagi unit lelong, boleh rujuk ejen lelong. 

Selain itu, anda boleh menyemak di laman sesawang, Facebook group, pusat beli belah dan dengan membuat rondaan ke lokasi yang diingini.  

e. Nilai pasaran

cara beli rumah pertama

Anda boleh menyemak nilai pasaran melalui jurunilai hartanah atau melihat harga transaksi jual beli di laman sesawang berbayar.

Selain itu, anda juga boleh membuat anggaran melalui perbandingan iklan unit yang lebih kurang sama di lokasi yang sama di internet.

Anda juga perlu tahu yang bank hanya memberikan pembiayaan 90% daripada harga jual atau nilai pasaran unit.

4. Membeli rumah pertama anda

a. Rumah underconstruction

cara beli rumah pertama

Pertama sekali, anda perlu semak iklan, projek, tapak pembinaan dan pemaju bagi mengelakkan risiko ditipu atau terbengkalai. 

Seterusnya, anda perlu bayar booking dan baki deposit (jika perlu). 

Selain itu, anda juga perlu bayar progressive payment berdasarkan syarat antara bank dan pemaju. 

Sentiasa lakukan tindaksusul supaya tiada kelewatan. 

b. Rumah subsale 

Anda perlu semak geran dan pastikan rumah pilihan anda tidak tersenarai dalam rumah untuk dilelong.

Bayar booking di pejabat guaman atau agensi dan pastikan anda meletakkan terma deposit dikembalikan sepenuhnya jika pinjaman tidak diluluskan. 

Dapatkan resit booking dan bayar baki deposit.

c. Rumah lelong

Bagi rumah lelong, anda perlu semak geran dan tunggakan bagi rumah tersebut.

Buat lawatan tapak dan pastikan pinjaman anda lulus.

Lakukan pembidaan mengikut had yang anda tentukan dan jika kalah, cuba lagi.

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia  membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous. 

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Semak kelayakan anda dengan Benahous sekarang. 

Kesimpulan

Proses pembelian rumah pertama ini memang panjang dan memerlukan usaha yang banyak. 

Tetapi hasilnya pasti manis kerana anda akhirnya dapat menjadi pemilik rumah anda sendiri. 

Benahous telah membantu lebih 600 keluarga memiliki rumah. Anda bila lagi?

Anda boleh dapatkan khidmat daripada Benahous.

About The Author

sidebar-cta-repairs
sidebar-cta-careplan
sidebar-cta-installations

Comments