Antara semua pembelian yang anda lakukan dalam kehidupan anda, membeli rumah pertama adalah antara yang paling menakutkan.

Pembeli rumah pertama di Malaysia perlu mengambil tahu sebanyak yang boleh tentang pembelian rumah dan pertimbangkan banyak perkara sebelum membeli.

Proses membeli rumah mungkin akan membuatkan anda bernafas dalam-dalam jika anda tidak tahu apa yang anda lakukan.

Tapi jangan risau kerana kami di sini akan membantu anda.

4 Perkara Yang Anda Perlu Pertimbang

Sebelum membeli rumah, sememangnya pelbagai perkara yang anda perlu fikirkan.

Di sini, kami ringkaskan kepada 4 perkara.  

  1. Tujuan dan Kesesuaian

Selalunya, pembeli rumah pertama akan berada dalam dilema sama ada mereka ingin membeli rumah idaman anda atau rumah yang praktikal dan sesuai untuk didiami.

Hal ini kerana anda mungkin tidak jelas dengan tujuan pembelian rumah ini jadi tanyakan soalan ini kepada diri anda.

Adakah anda membeli rumah untuk didiami sendiri atau untuk menjadi pelaburan dan menyewakannya?

Bila dah jelas, barulah anda boleh lebih fokus cari rumah jenis apa yang sesuai dengan tujuan anda.

  1. Berperabot Lengkap atau Tidak

Bila dah tahu tujuan anda, anda perlu fikirkan sama ada anda ingin rumah itu kosong dan hak dekorasi jatuh seratus peratus di tangan anda.

Ataupun sudah lengkap berperabot supaya anda tidak perlu membuat keputusan itu?

Banyak pembangun menawarkan pakej nilai tambah untuk hiasan dalaman terus untuk pembeli.

Pakej ini boleh menjadi tawaran yang lebih baik daripada melibatkan perkhidmatan reka bentuk dalaman dan luaran secara berasingan.

  1. Pembiayaan untuk Membeli Rumah

Kebiasaannya, anda perlu membayar minimum 10% wang pendahuluan untuk rumah yang anda ingin beli.

Tahukah anda, pembeli rumah pertama boleh dapatkan manfaat program-program yang membantu pembeli rumah pertama.

Antaranya adalah Skim Rumah Pertamaku, BSN My Home, Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA),  Rumah Selangorku dan Residensi Wilayah.

Anda hanya perlu pastikan anda menepati syarat bagi skim-skim rumah tersebut sahaja.

Selain itu, adalah sangat penting untuk anda menentukan jenis pinjaman rumah yang sesuai untuk anda dan kemampuan pembayaran balik pinjaman tersebut.

  1. Kos Tambahan

Sebenarnya ramai pembeli rumah pertama tidak sedar yang terdapat pelbagai kos lain yang datang dengan pemilikan rumah.

Antaranya adalah duti setem, yuran undang-undang Perjanjian Jual Beli (SPA), caj perkhidmatan dan banyak lagi.

Jadi, anda perlu pastikan anda mengambil tahu tentang setiap satunya sebelum anda membeli rumah pertama anda.

Cara Membeli Rumah Pertama: 7 Langkah Yang Anda Perlu Ikuti

Mari kita lihat bagaimana anda boleh bergelar pemilik rumah dengan 7 langkah ini.

  1. Semak Bajet Anda

Pertama sekali, semak sama ada anda mampu memiliki rumah.

Berikut adalah kos standard membeli rumah di Malaysia:

  • Earnest deposit: 2% daripada harga SPA
  • Pendahuluan: 10% daripada harga SPA (atau baki 7%)
  • Legal fees: kira-kira 0.4 % bergantung pada harga SPA
  • Valuation fee (jika diperlukan) sekitar 0.3% nilai hartanah
  • Bank processing fee: RM50 – RM200

Selain itu, pakar kewangan mengesyorkan agar pinjaman bulanan rumah (termasuk cukai, yuran dan insurans) tidak melebihi satu pertiga daripada pendapatan isi rumah.

Akhirnya, anda perlu mempertimbangkan kos untuk perbelanjaan pengeluaran, kadar faedah turun naik, pengubahsuaian, perabot dan peralatan baru.

  1. Sahkan Kelayakan Pinjaman Anda

Periksa dengan bank berapa banyak yang anda dibenarkan untuk meminjam.

Mereka akan meminta anda menyerahkan salinan IC anda, borang EA terkini, slip gaji tiga bulan dan transaksi perbankan.

Mereka akan menggunakan maklumat ini untuk memeriksa keadaan kewangan anda dan menentukan berapa banyak yang dapat mereka pinjamkan kepada anda.

  1. Dapatkan Nasihat Ejen Hartanah

Mungkin anda tertanya, perlukah ejen hartanah?

Terserah pada anda tetapi mereka ini sangat berharga dalam pembelian rumah.

Mereka mengetahui maklumat mengenai rumah dan lokasi yang tidak diketahui umum.

Anda akan mendapat manfaat daripada pengetahuan mereka mengenai bidang ini, kemahiran berunding dan panduan sepanjang proses pembelian rumah.

Yang menariknya adalah anda tidak perlu membayar mereka kerana mereka mendapat komisen dari penjual rumah.

  1. Mula Buru Rumah Anda

Bila dah tahu lokasi, harga dan jenis rumah yang nak dibeli, anda dah boleh memburu rumah yang anda inginkan.

Carilah rumah di kawasan kejiranan yang ideal untuk anda dan senaraikan kebaikan dan keburukan setiap rumah yang anda lawati untuk memudahkan membuat keputusan nanti.

Gunakanlah khidmat ejen hartanah anda sebaik mungkin pada waktu ini.

  1. Membuat Tawaran

Lepas dah tahu rumah yang mana anda inginkan, bincang dengan ejen anda untuk membuat tawaran kepada penjual berdasarkan keadaan pasaran tempatan dan harga yang diminta.

Penjual sama ada akan menerima, menolak atau mengemukakan tawaran balas.

Tawaran balas adalah perkara biasa dan jangan risau kerana ejen hartanah anda akan mempunyai kepakaran untuk menjalankan rundingan.

Runding dan bincang sehingga anda dan penjual mendapat keputusan yang memuaskan hati kedua-dua pihak.

  1. Menandatangani Perjanjian

Apabila ada persetujuan akhir harga rumah, anda akan memasuki proses akhir pembelian rumah.

Proses ini mengambil masa selama 3-5 bulan dan anda perlu menyelesaikan beberapa perkara iaitu:

  • Sewa peguam hartanah untuk menyusun SPA dan perjanjian pinjaman.
  • Memohon pinjaman di bank setelah memastikan bank pilihan anda menepati semua kemampuan anda untuk membayar semula.
  • Tandatangan Surat Tawaran dan bayar earnest deposit sebanyak 2-3%.
  • Tandatangani SPA dan bayar baki wang pendahuluan. Proses ini berlaku antara 2-3 minggu selepas menandatangani Surat Tawran.
  • Tandatangani perjanjian pinjaman dan dokumen lain.
  • Bayar harga pembelian baki. Peguam anda akan pastikan semua baki pembayaran dan dokumen teratur sebelum harga pembelian baki dipindahkan ke peguam penjual.
  • Ikuti perkembangan pembayaran agar anda tidak dikenakan denda dengan caj pembayaran lewat 3 bulan selepas tarikh SPA.
  1. Pindah ke Rumah Baharu Anda!

Kunci dan rumah akan mesti diserahkan pada anda dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam SPA.

Sebelum menerima kunci, minta penerimaan utiliti yang menunjukkan semua bil tertunggak telah dibayar.

Setelah kunci berada di tangan anda, anda boleh mula merancang pengubahsuaian dan akhirnya, pesta pemanasan rumah.

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia  membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah.

Beribu rakyat Malaysia yang sedang berusaha mendapatkan rumah pertama telah dibantu oleh Benahous.

Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda.

Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous.

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Semak kelayakan anda dengan Benahous sekarang.

About The Author

sidebar-cta-repairs
sidebar-cta-careplan
sidebar-cta-installations

Comments