Bagi anda yang tinggal di Johor, terdapat satu skim yang boleh membantu anda iaitu Program Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

Sebenarnya, tidak kiralah anda tinggal di mana pun, memiliki rumah bukan sesuatu yang mudah. 

Apatah lagi dengan harga rumah yang semakin meningkat setiap tahun.

Ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan B40 dan M40 yang mengeluh kerana susah untuk membeli rumah malah ada yang tidak layak nak buat pinjaman rumah sekali pun.

Oleh itu, kerajaan pusat dan negeri telah menawarkan pelbagai program dan insentif untuk membantu golongan yang ingin membeli rumah ini.

Apa Itu Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)?

RMMJ juga dikenali sebagai skim Rumah Mampu Biaya (RMB) Johor.

Skim ini merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk membantu golongan B40 dan M40 di Johor untuk membeli rumah dengan harga yang berpatutan.

Golongan B40 merupakan kumpulan yang pendapatan isi rumahnya terendah di Malaysia iaitu kurang daripada RM4,850. 

Manakala golongan M40 pula merupakan rakyat yang isi rumahnya berpendapatan di antara RM4,850 sehingga RM 10,959.

Secara umumnya, rumah RMMJ merupakan rumah yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik Johor

Sebelum anda mengimpikan memiliki rumah RMMJ, anda perlu pastikan sama ada anda layak untuk memohonnya. 

Terdapat tiga skim dalam RMMJ yang boleh anda mohon dan syarat antara ketiga-tiga skim ini adalah berbeza. 

  1. Rumah Mampu Biaya Johor (RMB)
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Menetap di Johor selama 10 tahun 
  • Tidak melebihi had pendapatan seisi rumah:
    • RMB A – RM4,000
    • RMB B – RM6,000
    • RMB C – RM8,000
    • RMB D – RM10,000
    • KKS – RM13,000
  • Berkahwin/bujang boleh memohon
  • Hanya 1 permohonan bagi pasangan suami/isteri
  • Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu guna nama isteri sebagai pemohon
  • Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 10 tahun ke atas layak memohon rumah kedua (RMB B)
  • Hanya 1 pemilikan Kedai Kos Sederhana di Johor
  • Pemohon/pasangan yang memiliki Rumah Kos Sederhana/Rumah Mampu Milik/rumah TAK LAYAK untuk memohon
  • Pemohon/pasangan yang memiliki RKR/RKSR/PKJA/PKJB boleh memohon RMB C dan RMB D
  • Tempoh sah pendaftaran rumah adalah 2 tahun dari tarikh pendaftaran
  1. Lot Bumiputera 
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Berkahwin/bujang boleh memohon
  • Bertaraf bumiputera
  1. Program Perumahan Rakyat (PPR) Untuk Sewa

PPR mempunyai beberapa jenis dan syarat kelayakan setiap satunya pun berbeza seperti yang berikut:

  1. PPR dan Rumah Sewa Kerajaan
  • Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
  • Status perkahwinan: berkahwin, tapi duda/janda layak dipertimbangkan 
  • Tidak memiliki harta kediaman atau menduduki kuaters kerajaan
  • Tiada rekod jenayah
  • Hanya bujang berumur 50 tahun ke atas dan mempunyai tanggungjawab atau kematian ibu bapa layak dipertimbangkan
  • Menetap di Johor sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang tidak lahir di Johor)
  • Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM4,000
  1. PPR dan Rumah Sewa Kerajaan (Kedai)
  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan peniaga sepenuh masa
  • Menetap di Johor sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang tidak lahir di Johor)
  • Tidak berstatus muflis (Surat Pengesahan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia perlu dilampirkan)
  • Perlu mempunyai Modal Pusingan Perniagaan sebanyak RM5,000 dan lampiran penyata bank 3 bulan
  • Hanya satu permohonan dibenarkan untuk satu keluarga
  • Hanya perniagaan jenis Milikan Tunggal layak dimohon
  • Perniagaan perlu didaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Tidak mempunyai kedai-kedai lain di Malaysia
  • Digalakkan sediakan Profil Perniagaan
  • Keutamaan diberikan kepada penyewa yang menetap di kawasan PPR yang berkenaan
  1. Rumah Transit Belia Johor
  • Warganegara Malaysia berumur 18-30 tahun dan berkahwin
  • Menetap di Johor sekurang-kurangnya 10 tahun (bagi yang tidak lahir di Johor) 
  • Tidak memiliki harta kediaman dan tidak ada rekod jenayah
  • Bekerja di kawasan/negeri rumah transit yang dipohon
  • Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM5,000
  • Janda dan duda tidak layak dipertimbangkan 

Cara Memohon dan Menyemak Status Permohonan Rumah Mampu Milik Johor

Nak memohon RMMJ tidaklah susah dan berikut adalah cara-caranya:

  1. Pergi ke laman web rasmi eRumah Johor di https://erumah.johor.gov.my/ 
  2. Daftar akaun pengguna (individu)
  3. Lengkapkan maklumat pemohon 
  4. Login semula dan kemaskini maklumat
  5. Pilih projek perumahan yang diingini
  6. Hantar pemohonan

Mudah bukan? 

Bagi menyemak permohonan, terdapat dua cara yang anda boleh lakukan.

Pertama, masukkan nombor kad pengenalan pemohon di ruangan ‘Semakan’ melalui portal eRumah Johor dan semak.

Atau anda boleh log masuk ke akaun eRumah Johor yang telah didaftarkan dan semak permohonan di ruangan ‘Status’.

Kesimpulan

Bertuahlah rakyat negeri Johor kerana ada bantuan seperti Program Rumah Mampu Milik Johor ini.

Sekarang, anda bolehlah memiliki rumah dengan harga yang berpatutan. 

Anda hanya perlu pastikan anda layak untuk memenuhi syarat kelayakan anda seperti mana yang dinyatakan di atas.

Jika anda masih lagi mempunyai persoalan atau keliru dengan proses membeli rumah, anda boleh merujuk pihak yang pakar seperti Benahous.

Bagaimana Benahous Boleh Membantu Anda Mendapatkan Rumah Mampu Milik?

benahous

Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia  membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Pertama sekali, Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda. Sekiranya anda layak untuk mendapatkan rumah, tiada booking fee diperlukan.

Segala proses pembelian rumah, dokumen berkaitan, gaji serta perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak Benahous. 

Bukan itu sahaja, anda akan jimat dengan lebih banyak kerana harga rumah Benahous jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menyediakan maklumat berdasarkan senarai yang diberikan dan anda hanya perlu tunggu panggilan telefon tentang rumah pertama anda sahaja.

Semak kelayakan anda dengan Benahous sekarang! 

About The Author

sidebar-cta-repairs
sidebar-cta-careplan
sidebar-cta-installations

Comments