Tahukah anda, anda kini boleh memohon skim rumah mampu milik Melaka?
Siapa saja yang tak ingin memiliki rumah untuk didiami tetapi disebabkan kekangan kewangan dan urusan lain, niat tersebut asyik ditangguhkan.
Tetapi sebenarnya, banyak saja skim perumahan yang ditawarkan oleh kerajaan.
Dan kali ini, orang Melaka boleh berseronok kerana kita akan berkongsikan tentang rumah mampu milik di Melaka.
Tetapi, ianya tidak terhad kepada orang Melaka saja jadi warga negeri lain juga boleh memohon!
Jom kita tengok dulu agensi apa yang bertanggungjawab untuk mengendalikan rumah mampu milik di Melaka.
Kalau anda pernah dengar Lembaga Perumahan Melaka (LPM), mungkin anda pernah tertanya apa fungsi dan jasa LPM ini.
Sebelum dikenali sebagai LPM bermula 17 Disember 2002, LPM adalah di bawah Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
LPM merupakan agensi Kerajaan Negeri Melaka yang tugasnya menggubal dasar dan menyelaras pembangunan perumahan kos rendah dan perumahan mampu milik di Melaka.
Merekalah yang merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menyelenggara pembangunan projek perumahan di Melaka.
Mereka bertanggungjawab menyediakan perumahan mampu milik selaras dengan tema “Satu Keluarga Sebuah Rumah” yang bersesuaian dengan taraf hidup penduduk Melaka.
Mereka jugalah yang memastikan wujudnya suasana perumahan yang selesa, harmoni dan selamat.
LPM juga bertindak sebagai Pusat Sehenti (OSC) Perumahan dan menjadi pusat sumber dan rujukan maklumat perumahan negeri Melaka.
Jenis Rumah Mampu Milik Yang Ditawarkan
Semua iklan perumahan yang anda nampak di sekitar Melaka kebanyakkannya adalah produk dari LPM.
Setiap skim mempunyai jenis perumahan dan objektif yang tersendiri.
Projek yang dibangunkan adalah berdasarkan taraf hidup kumpulan sasaran tertentu yang ada di Melaka yang ditentukan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Belah Bahagi Melaka (JKKB).
Sebelum ini, skim LPM mempunyai pelbagai nama seperti Rumah Berkat, Rumah Harapan, Rumah Sejahtera dan Rumah Kos Rendah.
Dan bermula 16 Jun 2020, LPM telah menjenamakan semula kepada 4 kategori baharu.
Nama Lama | Nama Baharu | Harga |
Rumah Berkat/Rumah Sewa Kos Rendah | Rumah Sewa LPM | RM150.00 sebulan |
Rumah Kos Rendah | RMM Jenis A | RM35,000 – RM42,000 |
Rumah Harapan/Rumah Kos Sederhana | RMM Jenis B | RM80,000 – RM100,000 |
Rumah Mampu Milik | RMM Jenis C | RM180,000 ke bawah |
Syarat Kelayakan dan Cara Memohon
Setiap jenis RMM mempunyai terma dan syarat yang tersendiri bagi melayakkan anda untuk memohon skim tersebut.
Bagi RMM Jenis A dan RMM Jenis B, anda layak memohon jika anda seorang warganegara Malaysia dan berusia 20 tahun ke atas.
Pendapatan anda tidak boleh melebihi RM3,000 sebulan untuk memohon skim ini.
Dan yang paling penting adalah anda tidak pernah memiliki rumah.
Bagi RMM Jenis C pula, anda perlulah seorang warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun ke atas.
Pendapatan isi rumah tidak boleh melebihi RM8,000 sebulan.
Mudah bukan terma dan syaratnya?
Kalau anda dah memenuhi semua kriteria tersebut, jom mohon!
Tapi macam mana pula nak memohonnya?
Pertama sekali, muat turun borang di laman web rasmi Lembaga Perumahan Melaka (LPM).
Baca arahan dengan teliti dan isi borang dengan maklumat yang betul dan lengkap.
Permohonan yang dikirim melalui POS perlulah dibuat bayaran dengan menggunakan postal order/money order berserta dengan sampul surat berukuran 11cm x 16cm.
Jangan lupa sampul surat itu perlu bersetem dan beralamat sendiri.
Pastikan anda menerima resit rasmi dengan pembayaran yang dibuat.
Jika anda ingin membuat sebarang pertukaran maklumat, anda boleh lakukannya secara percuma dengan memaklumkan kepada pejabat LPM.
Maklumat penting yang anda perlu maklumkan jika ada perubahan adalah nombor telefon atau maklumat.
Pastikan anda sertakan sekali nombor kad pengenalan baru atau lama untuk sebarang pertanyaan melalui surat menyurat.
Atau, lagi mudah, buat permohonan atas talian di laman web Lembaga Perumahan Melaka.
Membeli Rumah Dengan Benahous
Jika anda masih lagi keliru dengan sebarang perkara berkenaan pembelian rumah, jangan risau sebab Benahous sedia membantu!
Terutamanya kepada pembeli rumah pertama, pastinya anda mempunyai keraguan dan kecelaruan bila membuat keputusan penting ini.
Benahous menawarkan pelbagai perkhidmatan yang boleh membantu anda membuat pilihan yang bijak.
Daripada dokumen yang perlu disediakan hinggalah proses pembelian rumah, Benahous akan membantu anda.
Anda pun tak perlu risau tentang harga rumah sebab Benahous akan menawarkan harga rumah yang jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Nak meragui apa lagi dengan Benahous yang dah tolong lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk membeli rumah.
Malah Benahous juga telah bantu beribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Tunggu apa lagi?