Sedang mencari rumah? Kami ada berita baik bagi anda yang berminat untuk membeli rumah di Terengganu melalui skim Rumah Mampu Milik Terengganu (RMMT).  

Mesti kita pernah dengar ada di antara orang di sekeliling kita mengeluh tentang betapa susahnya untuk mendapatkan rumah akhir-akhir ini.

Iyalah, harga rumah sendiri sudah tinggi, tambah pula dengan kenaikan harganya setiap tahun.

Kalau rakyat yang berpendapatan rendah, tak mungkinlah ingin menyewa sampai sudah beranak pinak.

Pasti ingin merasakan memiliki rumah atas nama sendiri.

Jangan risau kerana ada alternatif lain yang anda mampu lakukan untuk merealisasikan mimpi anda untuk mempunyai rumah sendiri.

Antaranya adalah memohon bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri. 

Ada Ke Rumah Mampu Milik Di Terengganu?

rumah mampu milik terengganu

Kalau anda belum pernah dengar lagi tentang skim ini, pastinya anda akan tertanya adakah rumah mampu milik di Terengganu?

Jawapannya mestilah ada, kalau tak, anda tak membaca artikel ini sekarang.

Skim yang dikatakan ini adalah Skim Rumah Mampu Milik Terengganu (RMMT).

RMMT adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah di Terengganu.

Apa yang menariknya lagi adalah RMMT ini boleh dipohon secara atas talian!

Mudah sangat bukan?

Walaupun anda teruja dan nak cepat-cepat mohon, anda perlu tengok dahulu sama ada anda layak memohon atau tidak. 

Adakah Anda Layak Untuk Mohon? 

rumah mampu milik terengganu

Setiap satu perkara perlu ada terma dan syaratnya, termasuklah permohonan RMMT.

Jadi, cuba anda tengok adakah anda layak memohon berdasarkan syarat-syarat di bawah:

  • Pemohon atau pasangan mestilah rakyat Terengganu dan menetap di Terengganu.
  • Berumur 21 tahun ke atas; jika pemohon berusia melebihi 50 tahun, boleh dipertimbangkan jika ada jaminan bayaran daripada ahli keluarga.
  • Dah berkahwin; ada juga kuota untuk orang bujang tetapi hanya 10% diperuntukkan kepada yang berpendapatan tidak melebihi RM2,500.
  • Pemohon dan pasangan belum ada rumah.
  • Pemohon dan pasangan tak pernah terima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah: tidak lebih RM3,500 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya bergred 1-22 sahaja layak memohon.
  • Isteri kedua dan selebihnya layak dipertimbangkan jika pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500.
  • Penerima hanya layak memiliki Rumah Mampu Milik/Rumah Pangsa Mampu Milik sekali sahaja, kalau dijual (selepas sekatan moratorium), permohonan kedua tidak dibenarkan. 

Senarai Lokasi RMMT

  • Besut
  • Dungun
  • Kemaman
  • Kuala Terengganu
  • Marang
  • Hulu Terengganu 
  • Setiu
  • Kuala Nerus

Bagaimana Nak Memohon Rumah Mampu Milik Di Terengganu?

Jika anda melepasi kesemua syarat kelayakan yang ditetapkan, pastinya anda ingin tahu, macam mana pula ingin memohon RMMT?

Jangan risau sebab kami kan ada.

Senang sahaja nak memohon RMMT.

Pertama sekali, anda perlu melawati laman web e-Perumahan SUK Terengganu

Kemudian, ada perlu mencipta akaun pengguna (jika belum ada).

Pastikan emel dan username yang digunakan belum pernah berdaftar dalam sistem. 

Jika gagal, gunakan emel atau username yang lainnya. 

Seterusnya, daftar masuk ke laman web tersebut.

Jangan risau tentang pengaktifan akaun kerana ianya dilakukan secara automatik. 

Jadi, anda boleh abaikan mesej pengaktifan dalam emel anda. 

Setelah Berjaya mendaftar masuk, anda perlu klik pada pilihan ‘Permohonan Saya’ di menu bahagian atas dalam web ePerumahan. 

Anda akan dibawa ke laman yang memerlukan anda mengisi butiran maklumat anda. 

Selesai mengisi maklumat anda, buat semakan pada tab HANTAR sebelum menghantarnya. 

Jika anda sudahpun mempunyai akaun pengguna, pastikan anda menggunakan username dan kata laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.

Jika anda membuat permohonan melalui borang, sila hubungi pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Perumahan) untuk sebarang kemaskini maklumat. 

Membeli Rumah Dengan Benahous

Wah, seronoklah rakyat Terengganu sekarang, mampu memiliki rumah dengan bantuan RMMT.

Jika anda masih lagi keliru dengan apa-apa perkara tentang pembelian rumah, jangan risau sebab Benahous kan ada!

Terutamanya kepada pembeli rumah pertama, pastinya anda mempunyai keraguan dan kecelaruan bila nak beli rumah ni.

Benahous menawarkan pelbagai khidmat yang boleh membantu anda membuat pilihan yang bijak.

Daripada dokumen yang perlu disediakan hinggalah proses pembelian rumah, Benahous akan membantu anda.

Anda pun tak perlu risau tentang harga rumah sebab Benahous akan menawarkan harga rumah yang jauh lebih murah daripada harga pasaran. 

Nak meragui apa lagi dengan Benahous yang dah tolong lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk membeli rumah.

Malah Benahous juga telah bantu beribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.

Tunggu apa lagi?

Semak kelayakan anda dengan Benahous sekarang. 

About The Author

sidebar-cta-repairs
sidebar-cta-careplan
sidebar-cta-installations

Comments

More Posts You May Find Interesting