Buat anda yang baru sahaja berkhawin mahupun menimang anak, anda pasti ingin mencari rumah pertama, betul? 

Mencari rumah adalah bertujuan untuk memberi keselesaan kepada ahli keluarga. 

Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti kegemaran bersama orang-orang tersayang. 

Tetapi, apakah kesilapan yang sering dilakukan ketika mencari rumah pertama ini? 

Ikuti artikel ini untuk mengetahui kesilapan terbesar ketika mencari rumah. 

Teruskan membaca! 

4 Kesilapan Terbesar Ketika Membeli Rumah Pertama 

Untuk pengetahuan anda, membeli rumah pertama adalah amat penting. Hal ini kerana anda bakal membina sebuah keluarga bersama orang tersayang. 

Anda pasti memiliki pelbagai memori manis dan juga ingin berikan perlindungan dan keselesaan kepada ahli keluarga. 

Oleh itu, anda perlu elak daripada membuat 5 kesilapan ini ketika membeli rumah. 

Antara kesalahan tersebut ialah: 

  1. Tidak membuat bajet sebelum membeli rumah 
buat kira kira membeli rumah pertama

Agak mustahil untuk kita menjumpai rumah yang memiliki harga berpatutan, lebih-lebih lagi pada tahun serba moden ini. 

Jadi, langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah untuk memastikan bajet membeli rumah adalah mencukupi. 

Atau yang lebih baik adalah harga rumah pertama tersebut tidak melepasi bajet simpanan anda. 

Mengapakah langkah ini amat penting sebelum anda membeli rumah pertama? 

Ini disebabkan anda perlu pertimbangkan pelbagai perkara setelah anda berjaya membeli rumah pertama. 

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan ialah perabot rumah, kos ubah suai, dan kos penyelenggaraan dan sebagainya.

  1. Membeli rumah tanpa berfikir panjang

Kesilapan yang sering dilakukan oleh orang ramai ialah membeli rumah dalam keadaan tidak bersedia dan terburu-buru. 

Mengapa kesilapan ini perlu dielak? 

Jika anda membeli rumah pertama secara terburu-buru, ini menunjukkan anda tidak membuat kajian terlebih dahulu. 

Anda perlu memandang serius terhadap: 

  • Faktor keselamatan 
  • Fasiliti yang ditawarkan seperti kedai runcit 
  • Kemudahan pengangkutan awam 
  • Perbandingan harga di tempat-tempat lain 
  • Pemaju yang mengusahakan kawasan perumahan tersebut

Jika anda membuat kajian mengenai perkara yang dinyatakan di atas, masalah seperti jiran bising dan kawasan persekitaran yang tidak bersih dapat dielakkan. 

  1. Terlalu mendengar “nasihat” orang lain 

Mendengar nasihat orang lain semestinya perbuatan yang baik. Namun, apabila ia mengenai pembelian rumah pertama, anda perlu lebih berhati-hati. 

Ini kerana nasihat yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman hidup yang berbeza daripada orang lain. 

Oleh itu, anda perlu bijak dalam membuat keputusan sebelum membeli rumah pertama. 

Sentiasa mengutamakan keadaan diri sendiri dan ahli keluarga tersayang sebelum membeli rumah pertama. 

  1. Membeli rumah yang berada di luar kemampuan 

Apabila kita meminta nasihat atau pandangan daripada orang lain mengenai pembelian rumah pertama, jawapan mereka pasti “belilah rumah mengikut kemampuan”. 

Namun, adakah anda benar-benar mengambil serius terhadap nasihat itu? 

Sebaiknya, anda perlu menetapkan bajet sebelum membeli rumah dan pembelanjaan untuk hari-hari seterusnya. Membeli biarlah ukur baju di badan sendiri. 

Jangan sesekali pernah terdetik “mampu bayar secara ansuran” walaupun anda tahu itu akan menyebabkan bajet perbelanjaan menjadi amat sempit. 

Oleh itu, jangan berani ambil risiko seperti ini! 

Apa Yang Anda Perlu Lakukan untuk Atasi Masalah Tersebut? 

Pasti anda ingin tahu cara-cara yang selamat sebelum membeli rumah pertama, betul? 

Berikut merupakan cara-cara penting yang anda perlu tahu mengenai pembelian rumah: 

  • Cari Peguam Hartanah 
cari peguam hartanah

Ketika anda ingin membeli rumah, pemaju rumah (house developers) akan mewakilkan seorang peguam hartanah kepada anda. 

Tetapi, anda perlu tahu bahawa peguam hartanah itu adalah untuk mewakili pemaju rumah tersebut. 

Oleh itu, jalan yang terbaik adalah anda perlu mencari peguam hartanah yang berkaliber. 

Apakah kepentingan adanya peguam hartanah? 

  1. Peguam hartanah dapat membantu anda untuk fahamkan konsep dan proses pembelian rumah. 

Hal ini disebabkan pembelian rumah sememangnya akan melibatkan proses yang tedious, pelbagai dokumen dan istilah yang jarang diketahui. 

  1. Membuat semakan pada dokumen pembelian rumah. 

Ketika membeli rumah, dokumen seringkali melibatkan dengan perjanjian pinjaman. 

Oleh sebab ia terikat secara sah, anda memerlukan seorang peguam hartanah untuk merangka draf bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kesilapan. 

  • Memohon Pinjaman Sebelum Membeli Rumah 

Sebelum membeli rumah, anda boleh memohon untuk membuat pinjaman daripada pihak bank. 

Namun, anda perlu tahu beberapa dokumen penting yang perlu ada seperti 

  1. Kad pengenalan / Passport 
  2. Slip gaji 
  3. Penyata bank 
  4. Penyata EPF 
  5. Resit cukai pendapatan
  6. Resit tempahan 

Untuk ini, anda perlu tahu bahawa memohon pinjaman perumahan terbahagi kepada 3 jenis iaitu konversional, fleksi, dan Islamik. 

Buat anda yang masih terpinga-pinga mengenai hal ini, berikut merupakan penjelasan yang ringkas: 

  1. Pembiayaan pinjaman konvensional : Bayaran perlu dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
  1. Pembiayaan pinjaman fleksi : Bayaran boleh dilakukan lebih daripada jumlah yang ditetapkan
  1. Pembiayaan pinjaman Islamik : Bayaran yang tidak melibatkan riba’. 

Pihak bank yang akan membeli rumah tersebut dan jual kepada anda mengikut kadar keuntungan yang dipersetujui antara dua pihak. 

  • Melawat Lokasi Rumah 
melawat lokasi rumah

Ini merupakan tips yang amat penting. Apabila anda ingin membeli rumah, anda perlu melawat lokasi kawasan tersebut. 

Ini untuk memastikan agar kawasan perumahan itu selamat dan lengkap fasiliti untuk kemudahan anda pada masa akan datang. 

Selain itu, anda boleh merancang untuk membuat kira-kira bajet untuk kegunaan pada masa akan datang. 

Anda Ingin Membeli Rumah Pertama? Jom Dapatkan Khidmat Perumahan Dengan Benahous! 

Jika anda masih runsing memikirkan cara dan carian rumah yang terbaik untuk anda dan seiisi keluarga, anda boleh menggunakan perkhidmatan daripada benahous. 

Benahous sangat mahir dalam mengendalikan hal-hal berkaitan dengan pencarian dan pembelian rumah. 

Buat pengetahuan anda, Benahous telah membantu lebih daripada 60,000 rakyat Malaysia. 

Kami akan membuat semakan kelayakan anda untuk mendapatkan rumah itu. 

Sekiranya anda menepati piawaian yang telah ditetapkan, anda tidak akan dicaj sebarang bayaran. 

Jangan risau! 

Segala proses pembelian rumah, dokumen yang perlu ada, gaji dan perkiraan kelayakan akan diuruskan oleh pihak kami, Benahaus. 

Lebih menarik, rumah-rumah yang disediakan oleh Benahaus adalah jauh lebih murah berbanding harga pasaran. 

Jadi, tunggu apa lagi? 

About The Author

sidebar-cta-repairs
sidebar-cta-careplan
sidebar-cta-installations

Comments