Anda bercita-cita memiliki rumah anda sendiri?
Tidak mahu lagi membebankan keluarga dan ingin mengetahui perasaan mempunyai hartanah atas nama sendiri?
Anda mungkin masih ragu-ragu sama ada anda mampu membiayai rumah pertama anda.
Jangan risau, anda telah sampai ke destinasi yang tepat.
Artikel ini akan menerangkan apa yang anda perlu tahu untuk mendapatkan rumah pertama anda melalui Skim Rumah Pertamaku (My First Home).
Apa Itu Skim Rumah Pertamaku?
Bagi yang pertama kali mendengar tentang skim ini, anda jangan terkejut dengan kadar pinjaman yang mampu anda dapatkan.
Skim Rumah Pertamaku (SRP) merupakan satu inisiatif kerajaan yang telah dilancarkan pada 2011.
Tujuannya adalah bagi menyokong pembeli rumah pertama untuk mendapatkan pembiayaan yang sepatutnya untuk membeli rumah.
Dengan SRP, pemohon yang layak boleh mendapatkan pembiayaan pinjaman sehingga 110% daripada harga hartanah!
Skim ini membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang deposit 10% yang biasa dikenakan kepada pembeli rumah.
Syarat Kelayakan Pemohon Skim Rumah Pertamaku
Sebelum memohon apa-apa pembiayaan, semestinya kena pastikan anda memenuhi kriteria permohonan dahulu.
Semak kelayakan anda mengikut ciri-ciri di bawah:
- Warganegara Malaysia yang sah
- Pembeli rumah pertama
- Pekerja yang bergaji atau bekerja sendiri
- Pemohon individu atau bersama
- Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
- Tidak melebihi RM5,000 – Pemohon individu/bersama
- Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – Pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan setiap pemohon tidak melebihi daripada RM5,000)
- Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan yang lepas
Syarat Kelayakan Hartanah yang Hendak Dibeli
Setelah menyemak kelayakan anda, anda juga perlu menyemak kelayakan hartanah yang ingin dibeli.
Bukannya pemohon saya yang perlu memenuhi kriteria permohonan, hartanah pun perlu menepati ciri-ciri tertentu.
Ciri-cirinya adalah:
- Hartanah kediaman di pasaran utama dan sekunder di Malaysia
- Harga maksimum: RM500,000
- Hartanah harus dihuni oleh pemilik
Seperkara lagi yang anda perlu ketahui adalah nilai hartanah bergantung pada polisi bank yang menyertai SRP.
Kebiasaannya, bank akan menilai harga belian atau pasaran untuk melihat mana lagi yang rendah dan akan memilih nilai yang rendah itu.
Cara Memohon Skim Rumah Pertamaku
Pastinya anda berniat untuk mendapatkan skim ini jika anda membaca sejauh ini.
Dan sesiapa yang ingin memohon pasti mencari cara memohon selain menyemak kelayakan mereka.
Anda telah tiba ke tempat yang betul untuk mengetahui panduan lengkap 2021 bagi memohon Skim Rumah Pertamaku.
Permohonan boleh dibuat dimana-mana cawangan bank yang terlibat.
Macam mana pula nak tahu bank apa yang terlibat?
Setakat ini, terdapat 23 bank yang terlibat dalam SRP dan menawarkan peluang pembiayaan secara konvensional atau Islamik.
Jadi, anda bolehlah memilih bank yang menepati citarasa anda.
Bank-bank yang terlibat adalah seperti dibawah:
- Affin Bank
- Affin Islamic Bank
- Alliance Bank
- Alliance Islamic Bank
- AmBank
- AmBank Islamic
- Bank Islam
- Bank Muamalat
- Bank of China
- CIMB Bank
- Hong Leong Bank
- Hong Leong Islamic Bank
- Maybank
- Maybank Islamic
- MBSB Bank
- OCBC Bank
- OCBC Al-Amin Bank
- Public Bank
- Public Islamic Bank
- RHB Bank
- Standard Chartered Bank
- Standard Chartered Saadiq
Setelah memilih bank pilihan anda, apa yang anda perlu lakukan adalah hadirkan diri ke cawangan bank terdekat.
Berjumpa dengan pegawai bank untuk meminta penjelasan dan borang SRP.
Lengkapkan borang dan sediakan dokumen yang diperlukan.
Hantarkan borang beserta dokumen dan seterusnya tunggu kelulusan!
Mudah bukan?
Sebagai pembeli rumah pertama, semestinya anda mempunyai pelbagai persoalan yang berlegar di kotak minda anda.
Maklumlah, membeli rumah bukan seperti membeli barang dapur.
Jadi untuk membuat keputusan tentang pembelian rumah pastilah mengambil masa dan penelitian yang jitu.
Bukan dari segi pembiayaan sahaja tetapi tentang jenis rumah dan lokasi perumahan juga perlu diambil kira.
Sebab itulah kami di Benahous menawarkan pelbagai khidmat untuk membantu anda membeli rumah pertama anda.
Benahous akan membantu anda untuk menyemak kelayakan anda dan sekiranya anda layak, anda tidak perlu risau lagi tentang booking fee.
Proses pembelian rumah, dokumen berkaitan dan pelbagai lagi urusan jual beli rumah akan diuruskan oleh pihak Benahous.
Jimat pun jimat kerana harga rumah Benahous adalah jauh lebih murah daripada harga pasaran.
Benahous telah membantu lebih 60,000 rakyat Malaysia membuat semakan kelayakan untuk memiliki rumah dan telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia yang berusaha mendapatkan rumah pertama.
Lebih 600 keluarga telah memiliki rumah mereka sendiri, mesti anda pun ingin menjadi salah satu pemilik rumah sendiri kan?