Misi Kami
Membantu serta memudahkan individu mahupun organisasi dalam mendapatkan hartanah mampu milik di bawah nilai harga pasaran semasa secara strategik, pantas dan berpotensi. Di samping itu memberi informasi informasi yang bermanfaat akan kesedaran memiliki rumah serta potensi hartanah yang mampu memberi pulangan kepada pemilik.
Mengapa Pilih Kami?
Kami Fokus Untuk Membantu Golongan B40
Sejak tahun 2018, kami telah memproses semakan kelayakan lebih 221,238 rakyat Malaysia untuk membeli rumah mampu milik yang sesuai dengan keadaan kewangan mereka.
Majoriti yang kami proses adalah mereka yang berada di Selangor, kemudianya diiukiti dengan Johor dan Kuala Lumpur.
Jadi apabila kami berkata kami sangat berpengalaman dalam membantu mereka yang ingin mendapatkan rumah mampu milik, kami bukan bercakap kosong.
Harapan Kami Adalah Untuk Bantu
1,000 Keluarga Untuk Tahun 2022
Jika anda lihat pada graph yang kami sediakan, setiap tahun semakin banyak keluarga yang kami dapat bantu untuk dapatkan rumah mampu milik.
Pekara ini dapat dicapai kerana kerjasama antara konsultan kami dan juga panel-panel bank dan badan kerajaan yang telah kami jalinkan supaya lebih ramai lagi orang boleh merasa untuk memiliki rumah mampu milik.
Kami anggarkan kami boleh bantu 1,000 buah keluarga untuk dapatkan rumah mampu milik mereka pada tahun ini. Akan tetapi perlu diingatkan bahawa rumah mampu milik bukanlah mudah untuk dicari.
Jadi anda perlu cepat dan pantas untuk membuat keputusan.