Bagi mereka yang pertama kali nak beli rumah, sudah semestinya masih kabur tentang cara beli rumah pertama mereka.
Maklumlah, bukan selalu orang beli rumah, mungkin sekali sahaja dalam seumur hidup bagi orang biasa.
Oleh kerana kurang pengalaman, maka kebanyakan orang kurang arif dalam proses pembelian rumah yang sebenar. So dalam blog kali ini saya akan kongsikan sedikit tips langkah awal yang anda perlu lakukan sebelum anda membeli kediaman pertama.
Jom kita lihat langkah yang anda perlu lakukan sebelum membuat keputusan membeli kediaman dibawah :
- Semak status kewangan anda
Majoriti dari kita semua membeli rumah melalui pinjaman ataupun loan. Jarang yang akan membeli rumah pertama secara cash. Semak status kewangan anda dan pastikan anda tidak memiliki masalah sebelum ini dengan institusi kewangan bagi memudahkan anda untuk memohon pinjaman kewangan dari pihak bank.
- Tentukan anggaran bajet anda
Dah pastikan anda tiada ada sebarang masalah atau yakin anda layak untuk membeli rumah pertama anda? Kini anda perlu tentukan bajet anda untuk rumah yang ingin dibeli. Factor seperti kadar faedah pinjaman dan kos-kos tambahan lain seperti cukai, pengubahsuaian rumah dan lain-lain yang dirasakan akan anda hadapi setelah membuat pembelian rumah pertama anda.
Setelah anda dapat anggaran tersebut, anda perlu mengatur perbelanjaan anda dengan baik supaya anda dapat membuat pembayaran pinjaman dengan baik.
- Membuat pemeriksaan rumah
Jangan anda membuat keputusan untuk membeli rumah tanpa memantau keadaan rumah tersebut secara detail. Ingat, banyak isu rumah yang dibeli menghadapi pelbagai kerosakan seperti berlaku kebocoran dan keretakan dalam masa tidak sampai 2 tahun selepas dihuni. Jangan melakukan sebarang pembayaran pendahuluan selagi anda tidak yakin dengan keadaan rumah tersebut. Setelah berpuas hati baru anda teruskan dengan melakukan pembayaran pendahuluan atau booking.
- Memuktamadkan pembelian anda
Berpuas hati dengan keadaan rumah? Serahakan urusan berikutnya kepada perunding hartanah untuk menjalankan prosedur pembelian tersebut. Selalunya anda perlu mengisi borang tertentu dan membuat pembayaran pendahuluan terlebih dahulu iaitu sebanyak 3%. Fahamkan kandungan borang dengan teliti kerana ia akan berkait dengan urusan pembelian anda. Pastikan anda sentiasa follow up dengan perunding hartanah anda.
Anda merancang untuk membeli rumah pertama? jangan risau anda tak perlu pening team kami di Benahous akan bantu anda dari A-Z untuk dapatkan kediaman pertama anda dan keluarga!
Klik link dibawah sekiranya anda masih tercari-cari rumah mampu milik :