Berapa banyak modal yang perlu ada untuk membeli rumah?

1. Ramai anak muda diluar sana yang mengidam untuk membeli rumah pertama. Tapi pernah tak anda terfikir kos-kos yang perlu anda tanggung sebelum atau semasa proses pembelian rumah berlaku? So harini kita akan kongsikan sedikit sebanyak info yang berguna sebagai panduan anda. Ini pecahan item yang diperlukan untuk memodalkan pembelian rumah anda.

2. Down payment 10%. Down payment ini dipecahkan kepada dua bahagian biasanya, 3% dan kemudian 7%. 3% untuk booking, kemudian dalam tempoh masa yang ditetapkan, langsaikan 7% tu dulu.

3. Kos perjanjian jual beli (sales & purchase agreement atau S&P) dan duti setem. Nak senang kira, kos ni dalam 3% daripada harga rumah. Kena bayar sendiri kecuali kalau beli rumah under construction, mungkin pemaju akan menanggung kos ni. Pembeli tandatangan je.

4. Kos berkaitan pinjaman iaitu berjanjian pinjaman dan duti setem pinjaman. Yang ni boleh dimasukkan ke dalam loan. Yang ni lebih kurang dalam 2.5%.

5. Valuation fees atau kos untuk membayar jurunilai rumah menilai harga pasaran rumah anda. Bank memerlukan jurunilai panel mereka menilai harga rumah anda dan akan memberikan loan berdasarkan nilai rumah yang diberikan oleh jurunilai tadi. Biasanya kos ini dimasukkan sekali dalam loan. Yang ni 0.25% daripada harga rumah bagi rumah.

6. Fee agen hartanah sebanyak 2.75%. Biasanya penjual yang kena bayar. Tapi boleh jadi pembeli kena bayar. Kena pastikan benda ni dengan agen sebelum membeli.

7. Takaful. Fungsi takaful adalah untuk memastikan rumah tersebut menjadi milik pewaris anda sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal kepada anda. Ada dua jenis takaful, satu boleh dimasukkan dalam loan dan satu lagi tak boleh. Rujuk entri MLTT vs MRTT untuk penerangan penuh.

Anda pening mencari rumah mampu milik? ada yang mencari rumah pertama ? nak beli rumah tapi TANPA DEPOSIT? percaya tak melalui Benahous anda tak perlukan sebarang deposit untuk pembelian rumah anda! sebab itu kami menjadi pilihan ramai mereka yang ingin membeli rumah mampu milik. Anda hanya perlu daftar sahaja melalui link dibawah dan team kami akan bantu anda sebaik mungkin.

Klik link dibawah sekiranya anda masih tercari-cari rumah mampu milik :

Nak Beli Rumah Mampu Milik!

Nak Beli Rumah Mampu Milik!

About The Author

sidebar-cta-repairs
sidebar-cta-careplan
sidebar-cta-installations

Comments